03 November 2020

DOA NEELOFA MAHU PASANGAN MEMBAHAGIAKAN DIRINYA & SELURUH UMAT ISLAM DIMAKBULKAN?



"Ya Allah, berikan saya pasangan yang bukan saja boleh membahagiakan saya, tapi juga keluarga, rakan-rakan, peminat dan seluruh umat Islam. Saya sentiasa berdoa apabila saya bersama dengan pasangan itu, semua orang akan rasa bahagia," tutur pelakon dan pengacara Noor Neelofa.

Neelofa yang juga bergelar usahawan itu berkata, dia sentiasa berdoa supaya dikurniakan pasangan yang bukan hanya boleh membahagiakannya, tetapi seluruh umat Islam.

Ramai pihak menyambut baik dengan perkhabaran Neelofa dikatakan sudah dirisik pelakon dan pendakwah PU Riz, Ahad lalu. Terbaharu, akaun Instagram rasmi saluran televisyen Naura, @naurashares berkongsi semula perkongsian doa yang sering membuat bekas pengacara MeleTOP itu mengalirkan air mata.

Klik untuk gambar besar



Tanpa sedar doa yang dikongsikan kepada pengikut Naura tahun lalu itu seakan-akan dimakbulkan Allah dan dikongsikan semula di media sosial Naurashares.

Menerusi rakaman suara berdurasi 57 saat itu, Neelofa dilihat gagal menahan sebak dan sukar mengungkapkan doa yang sentiasa dipohon daripada Allah SWT.

Perkongsian Naura di Instagram sejak semalam itu menerima maklum balas positif daripada peminat yang tidak menyangka Neelofa menemui seseorang yang diimpikan selama ini.


Malah, rata-rata komen yang ditinggalkan meluahkan rasa syukur apabila pengacara itu hampir menemui pilihan hati yang terbaik untuk dirinya.

Sementara itu, Neelofa menerusi Instagram Story mengakui sukar untuk mendengar rakaman video itu kerana akan mengalirkan air mata semula: "Saya tak mampu untuk menonton video di Naura Shares. Mesti rasa nak menangis semula," tulisnya.

Terdahulu, Neelofa dikatakan sudah dirisik PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu Ahad lalu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: