03 November 2020

"SUKA SEKSI TAPI BUKAN PEREMPUAN MURAHAN... SAYA PEMALU" - SCHA ELINNEA



"Saya tak pasti sama ada lelaki berkenaan rakan atau pembantu peribadi lelaki VIP berkenaan. Namun, kata-katanya cukup membuatkan saya terkejut dan takut. Dia bertanya berapa bayaran dikenakan jika mahu menjadikan saya teman beraksi atas ranjang. Apa, ingat saya pelacur ke?

"Ya, mungkin saya suka berimej seksi, tetapi saya bukan perempuan murahan. Manusia seperti ini, saya takkan bagi muka dan kena bertegas. Saya beri amaran akan mengambil tindakan sekiranya sekali lagi berani menghubungi saya dan bertanyakan soalan mengarut," demikianlah tegas pelakon Scha Elinnea.

Dituduh terlibat pelacuran kelas atasan, Scha berkata dia bukan sahaja menjadi bahan kecaman netizen malah mendedahkan dihubungi individu tidak dikenali untuk menjadi 'teman ranjang' kepada seorang lelaki berstatus VIP.

Masih baru lagi dalam dunia lakonan, bagaimanapun nama Scha Elinnea kini semakin dikenali ramai. Malah, pelakon itu juga turut menjadi perhatian sejak kebelakangan ini kerana imejnya yang agak seksi.

Klik untuk gambar besar



Meskipun sering tampil dengan imej seksi dan memiliki raut wajah menggoda, Scha berkata jangan menilai seseorang itu dari segi luaran sahaja. Ujarnya, dia bukan seorang yang gedik dan menyifatkan dirinya seorang yang pemalu.

"Jangan sesekali menilai buku daripada kulitnya. Jujurnya, saya mudah tersentuh dan berhati tisu. Disebabkan itu, saya cepat menitiskan air mata membaca komen netizen dalam IG.

"Daripada sibuk mahu menjaga tepi kain artis, lebih baik jaga anak bini dulu. Mungkin tak ramai yang tahu, saya seorang pemalu. Saya rasa kekok apabila perlu membawakan watak gedik, penggoda atau perampas suami orang. Rasa geli pun ada sebab tak biasa," katanya.









www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Scha Elinnea

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: