03 November 2020

TERSINGKIR GV7 - LINDA BAWA HALUAN SENDIRI, EVA TAK TERIKAT KONTRAK



Selepas Eva tersingkir di pentas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), tiada angin tiada ribut, salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Linda dikatakan mahu bergerak solo.

Linda, 43, bagaimanapun menjelaskan semua ahli kumpulan itu berhak untuk bergerak solo memandangkan mereka tidak terikat dengan sebarang kontrak.

Namun tegas Linda, keputusan itu bukan dibuat selepas Eva gagal pada konsert minggu keempat GV7 seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Dalam kumpulan Eva, tak ada seorang pun tersekat. Semua ahli boleh bergerak solo sebab kami tak ada terikat dengan mana-mana kontrak. Lagipun sebelum GV7 lagi, saya memilih untuk bergerak solo tapi kami akan buat persembahan bersama sekiranya diperlukan.

Klik untuk gambar besar



"Saya bukan buat keputusan ini selepas kumpulan Eva tersingkir daripada GV7, saya memang dah lama bergerak solo sebenarnya," katanya.

Konsert minggu keempat GV7 yang berlangsung pada malam Ahad menyaksikan Eva dan Indigo gagal meneruskan perjuangan mereka pada minggu seterusnya.

Rata-rata netizen di laman sosial meluahkan rasa sedih apabila tiada lagi kumpulan yang akan bersaing di pentas GV7. Dalam pada itu kata Linda, biarpun tersingkir namun dia dan tiga ahli yang lain tetap bangga dengan pencapaian mereka.



Akui tidak kisah digelar 'makcik', Linda memberitahu bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mereka berada di pentas pertandingan nyanyian pada usia kini.

"Kami reda dan akur dengan keputusan ini, tambah pula keputusan adalah daripada juri-juri yang sememangnya lebih arif dan hebat. Daripada minggu kedua lagi kami dah bersedia jika kami disingkirkan, cuma yang penting kami nak buat sehabis baik yang boleh.

"Secara peribadi saya rasa masa tak cukup sebenarnya, kami banyak tukar arrangement untuk cari kesesuaian masing-masing pada saat akhir. Kami tak kisah digelar makcik tapi untuk berada di pentas GV7 di usia sekarang ini bukan perkara yang mudah," ujarnya.

Selain Linda, kumpulan Eva yang popular dengan lagu 'Bulan Cinta' itu turut dianggotai oleh Izzu (Izzudiawaty Izudin), Mimi (Miemie Mazlan) dan Rina (Yusrina Yusoff).


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: