03 November 2020

ASET-ASET ALIFF SYUKRI & ISTERI - PEGUAM RAYU SPRM LEPASKAN



Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai berjumlah RM5 juta berhubung pengubahan wang yang turut mengaitkan beberapa selebriti.

Turut dirampas, sebanyak 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.

Sindiket cuci wang itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan dijalankan selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan.

Klik untuk gambar besar



Memetik laporan Malaysia Gazette, dua peguam usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri merayu (SPRM) melepaskan aset-aset yang telah dibekukan badan penguat kuasa itu sebelum ini.

Menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki, memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Datin Nur Shahida yang dirampas dan disita pada 1 Oktober lalu dilepaskan.

Difahamkan, kedua-kedua peguam itu dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan Aliff dan isterinya.


Berdasarkan maklumat dalam surat berkenaan, permohonan pelepasan aset-aset itu dibuat menurut peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613).

Terdahulu, Aliff menafikan dakwaan dia terbabit dalam kes penipuan Macau Scam. Aliff memberitahu sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Aliff turut meminta orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu terhadap perniagaan yang didakwanya diusahakan secara halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akibat Covid-19.



www.myartis.com / Sumber & foto: Malaysia Gazette & Instagram Aliff Syukri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: