02 November 2020

JASMIN HAMID: "BILA SAYA DAH TAK ADA NANTI, BILA RINDU BOLEH TENGOK MUKA ADIK SAYA"



Siapa yang mengikuti Jasmin Hamid, pasti tahu pelakon ini jarang tampil berkongsi mengenai hal-hal melibatkan keluarga dan peribadi kepada umum.

Namun baru-baru ini, Jasmin menerusi ruangan Instagram miliknya dilihat ada memuat naik beberapa keping foto bersama adik perempuannya yang disifatkan saling tak tumpah raut wajahnya ketika muda.

Malah, bintang senior ini turut menyatakan andai satu hari nanti dia sudah tiada, peminat boleh menatap wajah adiknya itu kerana paras yang hampir seiras.

"One and only. Adik perempuan saya. Sama kan? Masa saya muda belia, saling tak tumpah macam muka adik saya. Cuma muka dia lagi runcing, muka saya bulat. Badan pun runcing sama je.

Klik untuk gambar besar



"Dah nama pun adik beradik. Jangan confuse tau. Bila saya dah tak ada nanti, bila rindu kat saya, boleh la tengok muka adik saya @missjaegerbomb..," tulisnya.

Rata-rata peminat dan juga rakan artis turut tidak menyangka bahawa pelakon ini mempunyai saudara perempuan yang hampir seiras.

Sering menggunakan tagline 'Hebat Bukan?', Jasmin Hamid kini difahamkan sedang sibuk menjalani penggambaran drama bertajuk 'Derita Untuk Bahagia' yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Media Hiburan & Instagram Jasmin Hamid

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: