24 November 2020

ISTERI AKUI EMOSI TERGANGGU - ALIF SATAR TENTERAMKAN HATI DENGAN AL-QURAN



Selepas menerima berita mengejutkan suaminya, Alif Satar disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu, Sha Dila Halid mengakui emosi terganggu. Menurut Sha Dila, dia seharian memikirkan tentang insan sekeliling terutamanya anak-anak yang berisiko untuk dijangkiti virus tersebut.

"Beberapa hari yang sukar, kalau pun ini bukanlah yang paling sukar. Berita buruk terus diterima dan saya mengalami gangguan jiwa malam itu sambil mengemas pakaian sekiranya ambulans datang mengambil kami.

"Memikirkan jika saya mendapat keputusan berbeza dengan anak-anak, apa akan jadi dengan mereka? Boleh ke saya berpisah dengan mereka? Siapa yang nak jaga mereka? Berapa lama? Ini bukan menyakitkan fizikal... ini lebih mental bagi saya.

"Tahun ini sangat mencabar untuk semua, walaupun mereka yang tidak mempunyai Covid, kita terkesan dari segi ekonomi, mental atau fizikal," katanya.

Pada Ahad lalu, Alif memaklumkan dia didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan di Hospital Melaka. Pengurusnya iaitu Adlina Abu Bakar mengesahkan ibu, bapa dan adik perempuan penyanyi 'I want You To Love Me' ini turut dijangkiti wabak itu.

Walaupun sukar menerima ujian berat ini, Sha Dila berkata dia terus kuatkan diri untuk berdepan dugaan ini bagi memastikan anak-anak tidak dijangkiti virus tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, dia turut mengagumi Alif yang masih bimbang memikirkan keselamatannya serta orang sekeliling meskipun kini sedang dikuarantin di hospital.

"Ini belum berakhir, saya masih ada suami, ibu bapa mentua, adik dan saudara di hospital sedang bertarung melawan ini. Saya kena pastikan anak-anak tidak terdedah dengan benda ini.

"Untuk suami saya Alif Satar, wow... kamu permata yang tak ternilai harganya. Walaupun dijangkiti Covid, kamu masih bimbang tentang kami, keluarga, kawan-kawan dan rakan kerja. Awak sangat tenang, menyokong saya! Awak adalah hero saya, awak adalah inspirasi saya. Allah sangat menyayangimu.

"Kepada saudara-mara, Ayah Halid, Ayah Satar, mama, adik-beradik, saudara-saudara, sepupu-sepupu saya, datuk dan semuanya... saya sayang anda!" ujarnya yang turut memaklumkan ujian saringan mendapati dia dan anak-anak tidak dijangkiti Covid-19 pada Selasa.

Dalam pada itu, Sha Dila berkata dia dan anak-anak perlu menjalani ujian saringan kedua bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada jangkitan virus berkenaan.



"Syukur Ya Allah. Ini bukan pengakhiran, kita masih perlu menyokong mereka yang mungkin terkesan kerana virus ini. Kami semua masih perlu buat ujian lagi untuk memastikan... tapi buat masa ini Alhamdulillah dan terima kasih semua. Semoga kebahagian dan kegembiraan berada disekeliling kita," katanya.

Sementara itu, isteri Alif berkata ketakutan yang selama ini tiada siapa ingin melaluinya akhirnya terjadi jua. Redha dan pasrah di atas apa yang berlaku, bagaimanapun Sha Dila memberitahu dia tidak dapat menahan air mata apabila melihat ketiga-tiga anaknya perlu melalui ujian saringan dan berharap mereka bebas dari wabak tersebut.

Sha berkata dia dan anak-anak sudah pun melakukan ujian saringan di kediamannya, jam 9.30 pagi, hari ini dan perlu menunggu selama 24 jam untuk mengetahui keputusan.

"Saya minta jauh dari dijangkiti Covid-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.

"Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian swab. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.


"Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang," tuturnya.

Dalam pada itu, Sha berkata suaminya yang kini menjalani kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka berada dalam keadaan tenang dan banyak membaca Al-Quran serta melakukan aktiviti berfaedah.

"Saya tahu emosi dan fikiran Alif terganggu, namun dia tak mahu larut dengan perasaan dan kegelisahan hati. Alif cuba alih perasaan tidak tenteram dengan bersenam, membaca al-Quran dan pelbagai aktiviti lain. Dalam masa sama, Alif juga bimbangkan keadaan saya dan anak-anak.

"Jika ikutkan, Alif nak minta dipindahkan ke pusat perubatan di Sungai Buloh, tetapi doktor tidak membenarkan. Saya tak putus berdoa supaya suami terus kuat dan sembuh secepat mungkin," jelasnya

Untuk makluman, Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3, dan Muhammad ‘Ali yang kini berusia satu tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro, Instagram Sha Dila Halid & Alif Satar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: