24 November 2020

NEGATIF COVID-19 - MICHAEL ANG AKUI DULU SKEPTIKAL: "TERFIKIR SEMUA INI 'PROPA'..."



"I memang kontak rapat Alif Satar, bertemu dengan beliau pada 11 November lalu, terserempak di sebuah kafe. Saya dah buat test dan hari ini (semalam) dah dapat panggilan daripada hospital di Damansara tempat saya menjalankan ujian calit semalam dan keputusannya adalah negatif.

"Kepada yang tertanya-tanya keputusan saya, saya negatif jadi sesiapa yang ada bertemu saya tu jangan risau," kata pengarah dan pelakon Michael Ang yang mengakui dirinya salah seorang kontak rapat kepada Alif Satar selepas penyanyi, pelakon dan pengacara itu disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, Michael bertindak segera dengan menjalani ujian calit di sebuah hospital swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, Michael bersyukur kerana disahkan bebas daripada virus yang boleh membawa maut tersebut selepas memperolehi keputusan pada Isnin.

Berkongsi pengalamannya di laman sosial Instagram (IG), Michael yang memuat naik rakaman video itu menjelaskan tentang keputusannya membuat ujian calit dan bagaimana dia menjadi kontak rapat Alif Satar.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Michael turut menyampaikan pesanan kepada semua pengikutnya terutama penonton video yang dimuat naik. Michael berkata, jika sebelum ini beliau bersikap skeptikal terhadap virus Covid-19 kerana tidak ada kenalan terdekat yang dijangkiti, namun pandangan tersebut berubah.

Pengarah drama bersiri 'Perempuan Tanpa Dosa' itu turut berpesan agar masyarakat mengambil serius tentang virus tersebut dan sentiasa menjaga Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Pesanan saya kepada semua yang menonton video ini, this covid is real! Sebelum ini I sendiri ada perasaan ragu-ragu kononnya I kebal takkan kena covid, malah baru-baru ini I ada berbual dengan seorang kawan tentang benda ni.

"Disebabkan kita tak ada orang yang dekat dengan kita kena benda ni, jadi kita tak tahu sejauh mana kebenarannya benda ni. Sampai terfikir entah-entah semua ini 'propa'... Tapi bila orang terdekat dengan kita sendiri dah disahkan positif barulah sedar diri yang benda ni real.



"Jadi kepada anda semua, tolonglah berhati-hati, ikut SOP, buat apa yang kita perlu, pakai pelitup muka, cuci tangan dengan pembasmi kuman selalu, jaga penjarakan sosial, kalau keluar balik terus mandi, jaga diri anda sebaik-baiknya.

"This thing is real and dia takkan kenal orang, sesiapa pun boleh kena..Hati-hati dan kekal selamat untuk diri sendiri dan orang tersayang," ujarnya.

Sementara itu di ruangan kapsyen, Michael memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat Alif Satar. Video tersebut telah ditonton lebih 124 ribu kali dan rata-rata pengikut mengucapkan syukur kerana keputusan diperolehi Michael negatif.

Namun ada juga yang menasihati Michael supaya membuat ujian calit kali kedua sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan dirinya benar-benar bebas Covid-19.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Michael Ang

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: