11 November 2020

ISTERI NUBHAN BERHENTI KERJA DOKTOR GIGI, PILIH JADI SURI RUMAH



Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Afifah Tawfek menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan dia nekad dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai doktor gigi di sebuah Klinik Pergigian Seremban dan memilih menjadi suri rumah sepenuh masa.

Akui bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, namun Afifah berkata banyak perkara perlu dipertimbangkan dan keputusan itu dibuat demi kebaikan diri serta keluarganya.

Katanya lagi, semenjak bergelar ibu dan isteri, banyak perkara perlu diambil kira dalam setiap keputusan yang diambil olehnya. Bagaimanapun, Afifah meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang memahami kerjayanya itu.

Tambah Afifah atau lebih mesra menggelarkan dirinya Fie, dia senang hati untuk mengikut kata suaminya dan menganggap tugas sebagai suri rumah adalah 'pekerjaan' yang mulia.

"Sekarang fie faham sangat susah betul nak buat keputusan bila kita dah ada keluarga dan tanggungjawab besar lagi-lagi bergelar seorang ibu. Tahun kedua bekerja lahir pulak Aaffan, sambil kerja sambil pam susu. Alhamdulillah rezeki Aaffan, dapat susu ibu sepenuhnya.

Klik untuk gambar besar



"Balik kerja sambung jaga Aafiya. Jarak Aafiya dengan Aaffan 2 tahun jem agak penat tapi membahagiakan. Suami pulak sangat supportive, sanggup jaga anak kalau Fie perlu travel untuk kerja. Suami tak pernah halang apa sahaja keputusan Fie.

"Husband kata pekerjaan suri rumah ini pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama sebagai housewife.

"Dulu masuk kerja sebagai doktor tak ada pula macam ni," tulisnya selepas dikejutkan Nubhan sempena hari terakhir perkhidmatannya di Klinik Pergigian Seremban baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian lain, Afifah turut memuat naik foto suaminya membuat kejutan istimewa sempena hari terakhirnya berkhidmat di klinik pergigian tersebut.



Dalam pada itu, Afifah berkata meskipun kini bergelar suri rumah, namun dia turut mengusahakan perniagaan secara dalam talian sebagai salah satu usaha mendapatkan pendapatan sampingan bersama suaminya.

Dalam majlis kejutan itu, Nubhan menjemput Fie pada hari terakhirnya dan menghadiahkan isterinya sejambak bunga. Malah, Nubhan menghadiahkan isterinya itu sekotak perkakas dapur dan kelengkapan pembersihan rumah sebagai permulaan menjadi suri rumah.

Keputusan Fie untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dan menganggap pintu rezeki itu sentiasa terbuka walau di mana-mana, malah ada juga sebaliknya.

Untuk makluman, Nubhan dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, Instagram Dr Afifah Tawfek & Nubhan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: