11 November 2020

DAKWAAN SAKINAH KAHWIN MAT SALEH - SHIERA SUMPAH TAK TAHU



"Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke. Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia," demikianlah kata pelakon, pelawak dan penyampai radio, Sharifah Shahira yang mengakui dia tidak tahu menahu tentang dakwaan adiknya, pelakon Sharifah Sakinah sudah berkahwin dengan jejaka Mat Saleh dikenali sebagai Michael Hansén.

Menurut Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera berkata dia dan juga ahli keluarga lain tidak pernah tahu Sakinah sudah menamatkan zaman janda. Ujarnya, jika benar adiknya sudah berkahwin pasti ahli keluarga akan tahu. Dalam pada itu, Sheira berkata Sakinah seorang yang suka mengusik dan mungkin komen balas emoji cincin itu hanya gurauan sahaja.

"Sakinah adik saya, darah daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky. Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu netizen. Dia jenis yang tak suka bergaduh sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je," ujarnya ketawa.

Terdahulu, menerusi foto mesra mereka di kolam renang, Sakinah didakwa memberi 'hint' bahawa dia sudah berkahwin. Ada netizen berpendapat mereka perlu segera mendirikan rumah tangga dan komen itu dibalas oleh Sakinah dengan emoji cincin. Melihatkan perkongsian Sakinah itu, rata-rata netizen mendakwa pasangan itu sudah pun berkahwin namun tidak didedahkan kepada umum.

Klik untuk gambar besar












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sandra Dianne

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: