10 November 2020

SEMPENA BIRTHDAY - AZNIL TERIMA HADIAH KASUT BERJENAMA DARIPADA NABIL



"Terima kasih @nabilzira @zira.ayub bagi hadiah hari jadi yg mahal ni pada Paknil. Semoga Allah limpahkan lagi kurniaan rezeki yg berlipat ganda atas kebaikan Kamu berdua. Amin," tulis pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil yang telah menerima hadiah istimewa daripada Nabil Ahmad, bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-58.

Hos rancangan Gegar Vaganza itu telah menghadiahkan sepasang kasut berjenama antarabangsa buat pengacara senior itu. Momen manis itu dikongsi oleh Pak Nil menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji sikap murah hati Nabil di ruangan komen entri berkenaan. Sekadar informasi, Pak Nil telah dilahirkan pada tanggal 6 November 1962.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: