10 November 2020

FAZURA KONGSI FOTO SIPI ANAK LAGI - FATIMA MAKIN BAMBAM



Pelakon Nur Fazura yang bersalin pada 2 Oktober 2020 lalu itu dilihat semakin terbuka berkongsi sedikit demi sedikit perkembangan anak sulungnya di laman Instagram, meskipun masih belum mendedahkan wajah bayi perempuan itu secara keseluruhan.

Namun begitu, isteri kepada pelakon Fatah Amin yang masih dalam proses berpantang itu dilihat tampil memuat naik sosok tubuh bayinya yang bernama Nur Fatima Aisya di Instagram.

Susulan tindakannya itu, posting tersebut dilihat mendapat perhatian netizen dan sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi positif daripada para pengikutnya di laman berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa teruja melihat keadaan fizikal Fatima yang kelihatan sangat sihat dan montel.

Bahkan, bayi itu juga tidak terlepas menerima pujian netizen kerana dilihat sangat comel dengan persalinan merah jambu yang digayakannya.

Untuk rekod, meskipun masih belum mendedahkan secara jelas wajah anaknya itu, namun sehingga kini, posting tersebut telah berjaya meraih lebih dua ratus ribu tanda suka di laman Instagram.







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sandra Dianne

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: