Tahniah kami ucapkan kepada pengacara dan pelakon Mat Dan atas kelahiran anak kedua selepas isterinya selamat bersalin pada 7 November lalu.
Berita gembira tersebut dimaklumkan Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31, menerusi satu entri di laman Instagram miliknya sebentar tadi.
"Pada tanggal 7 November, 10.55 pagi, lahirlah anak kedua kami. Kedua-duanya, bayi dan ibu sihat dan sudah kembali berada di rumah. Zayne sangat teruja dan gembira dengan kehadiran adik lelakinya.
"Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat dna kakitangan hospital yang menjaga kami dan menyambut kelahiran bayi kami dengan selamat. Nantikan lebih banyak lagi gambar selepas ini," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam entri tersebut, Mat Dan memuat naik sekeping foto yang memaparkan sebahagian wajah dan tangan anaknya sahaja. Di ruangan komen, rata-rata mengucapakan tahniah atas kelahiran anak keduanya itu.
Untuk makluman, Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017. Hasil perkongsian hidup, Mat Dan dan isteri kini sudah dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Anak sulung pasangan ini bernama Muhammad Zayne Tyler yang kini berusia dua tahun.
Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom itu mula menetap di Malaysia sejak 2009. Pengacara 'Haramain Backpackers' itu mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia dengan kebolehannya menguasai dialek Terengganu dengan baik.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mat Dan
________________________

No comments:
Post a Comment