03 November 2020

JANJI AFDLIN SHAUKI KEPADA ARWAH DIN BERAMBOI TERCAPAI - 'BAIK PUNYA AH LONG' DIREALISASIKAN



Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram, pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki telah berkongsi cerita dan pengalaman setelah tamatnya penggambaran filem terbaru bawah arahannya yang bertajuk 'Baik Punya Ah Long'.

Afdlin atau nama penuhnya Afdlin Shauki Aksan ini menjelaskan bahawa dia gembira apabila impiannya untuk menerbitkan filem komedi ini telah termakbul dan direalisasikan.

Dalam pada itu, Afdlin sempat memberitahu bahawa dirinya pernah berjanji dengan rakan pelawak seangkatannya dahulu iaitu Allahyarham Din Beramboi untuk menghasilkan filem komedi buat penonton.

Klik untuk gambar besar



"Tak sangka impian untuk merealisasikan filem ini akhirnya menjadi kenyataan. Kadang-kadang aku tertanya buat filem ini untuk apa sebenarnya.

"Banyak sebabnya untuk dikongsikan kepada semua. Tapi antaranya, janji kepada arwah Din Beramboi, rindu bercerita pada penonton cerita-cerita pelik aku yang menghiburkan..," katanya.



Afdlin dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Shaw dan Petra Vision Work di atas kepercayaan mereka kepadanya dalam menghasilkan filem tersebut.

Mengimbas kembali, Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah kembali ke rahmatullah pada 2 April 2010 yang lalu akibat terkena jangkitan tikus.

Difahamkan filem 'Baik Punya Ah Long' itu bakal menampilkan beberapa pelakon popular seperti Zizan Razak, Carmen Soo, Aziz M. Osman dan ramai lagi.





 

 www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Afdlin Shauki

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: