03 November 2020

SAFIEY ILLIAS INGIN BAIKI PAYUDARA & MATA PULA KUYU-KUYU ALA BARBIE



"Prosedur akan dibuat dalam bulan ini. Barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu sampai dulu. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.

"Dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin," kata usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, 26, sekali lagi akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payudara dengan anggaran kos RM32,000. Safiey berkata, pembedahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.

Klik untuk gambar besar



Menurut Safiey yang popular menerusi lagu 'Syinta Gila', dia juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.

"Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.

"Doktor faham kehendak saya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.

"Cuma, jika saya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi. Kalau nak sesi siaran langsung Instagram tak cantiklah," tuturnya lagi.

Terdahulu, Safiey mendedahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan hingga mencecah jutaan ringgit. Ia membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Safiey Illias

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: