03 November 2020

"PENAT YANG BAHAGIA" - PERJALANAN PENUH CABARAN, FARAH LEE KINI MILIKI KERETA MEWAH



Personaliti media sosial, Farah Lee menerusi satu entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram, tampil berkongsi detik bahagia dan kejayaannya dimana dia kini telah berjaya membeli sebuah kereta mewah.

Menurut Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu, pelbagai cabaran dihadapi sebelum mampu meraih kejayaan yang diperoleh kini.

Hal ini demikian kerana, Farah dikatakan terpaksa menempuh ujian yang besar dalam hidup termasuklah bidang perniagaan yang diusahakan olehnya.

Klik untuk gambar besar



Katanya, banyak juga pengorbanan yang dilakukan demi kesejahteraan anak sehingga dirinya dilihat rela berkorban masa dan juga tenaga.

Tidak kurang juga, beliau tampil mendedahkan perjalanan hidupnya agak sukar kerana banyak pihak seakan kurang senang dengan dirinya dan bertindak melemparkan kata-kata negatif kepadanya.



Namun begitu, segala kerja keras dan usaha gigih dahulu seakan berhasil apabila kehidupannya kini dilihat makin berjaya apabila impiannya untuk memiliki sesuatu yang mewah kini telah mampu direalisasikan olehnya sendiri.

Untuk rekod, Farah dilihat membeli sebuah kereta jenama Mercedes beserta nombor plat kenderaan yang eksklusif yang dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit.

Terdahulu, Farah telah melangsungkan pernikahan dengan Ally namun hubungan itu musnah apabila kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai. Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Maream Esabel.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Farah Lee

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: