19 November 2020

KONGSI FOTO BERSAMA BABY - NETIZEN KAGUM KECANTIKAN EMMA SELEPAS BERSALIN



Pelakon Emma Maembong dalam diam telah selamat melahirkan anak sulung iaitu bayi lelaki seberat 3.2 kilogram di pusat perubatan di Shah Alam pada 8 November lalu secara normal.

Suami Emma, Muhammad Shazli memaklumkan berita gembira tersebut kepada umum beberapa hari lalu. Menerusi laman Instagram, Emma turut berkongsikan video memaparkan suaminya tidak dapat menahan sebak di atas kelahiran anak mereka.

Menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang merasai pengalaman bergelar ibu, Emma berkata ianya pengalaman sangat berharga dan tidak dapat dilupakan olehnya.

"All I want to say is. I love both of you so much. Thank you Allah for this memorable and precious experience which I would cherish for the rest of my life 😭❤️🤲🏻 @eslovestory @shazli.a. 

Klik untuk gambar besar

"8/11/20 Alhamdulillah emma gave birth to a healthy baby boy weighing at 3.2kg hospital @hospitalumra at 2.38am normal labour. #Emanizers #Emmamaembong @emanizers," tulis Emma.

Dalam pada itu, Emma turut memuat naik fotonya selepas bersalin sambil memangku anaknya. Rata-rata netizen memuji kecantikan Emma meskipun tanpa sebarang mekap serta tidak melepaskan peluang menzahirkan ucapan tahniah.

Untuk makluman, Emma dan Muhammad Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan berita kehamilannya ketika usia kandungan memasuki 4 bulan ketika mereka sedang bercuti di Langkawi.













www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Emma Maembong & Muhammad Shazli

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: