13 November 2020

M DAUD KILAU MASUK HOSPITAL, SESAK NAFAS - DISYAKI MASALAH JANTUNG



Penyanyi veteran yang terkenal dengan jolokan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 83, semalam telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), Perak, selepas mengadu sesak nafas.

Anaknya, Ahmad Zaini Mohd Daud, 49, berkata, bapanya mengadu sesak nafas sejak semalam dan sudah dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan.

"Saya bawa bapa ke klinik dan keadaannya nampak beransur pulih, namun pagi tadi dia sesak nafas semula dan tercungap-cungap. Kami segera bawanya klinik dan dihantar ke HTI dengan ambulans dan mendapatkan rawatan di kecemasan sebelum dipindahkan ke wad pada 3.15 petang tadi. Keadaan bapa kini agak lemah namun stabil dan dia juga boleh bercakap," katanya.

Ahmad Zaini berkata, dia berharap peminat dapat mendoakan kesihatan bapanya. Sebelum ini, penyanyi lagu hit 'Sirih Pinang' itu berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau yang mempunyai kencing manis kini sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang juga sakit selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

Menurut isterinya iaitu Datin Rohani Awang Ngah, M Daud mula mengalami sesak nafas pada Rabu dipercayai berkaitan dengan masalah jantung.

"Jadi bila keadaannya makin teruk, saya terus bawa ke hospital pada pukul 3.15 petang Khamis dan dia kemudian ditahan di wad untuk rawatan susulan. Doktor minta dia berehat dalam wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan," jelasnya.


Sementara itu, Rohani memberitahu doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati suaminya mengalami masalah paru-paru berair. Bagaimanapun, keadaan penyanyi lagu 'Cek Mek Molek' itu dilaporkan stabil dan semakin baik.

"Setakat ini dia stabil dan doktor sedang merawat dan bagi ubat untuk kurangkan air. Dia juga ada masalah jantung. Sejak semalam sayalah yang menjaganya, tidur di hospital. Tapi Alhamdulillah bila lihat perkembangannya, makin baik. Buat peminat semua doakan supaya dia cepat sembuh," tuturnya.

Sebelum ini, penyanyi 'Cek Mek Molek' ini pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya sejak empat tahun lalu. Dia yang menghidap penyakit kencing manis kini sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang juga sakit selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: