12 November 2020

BILA ABBY ABADI SANGGUP RENTAS NEGERI DEMI SELAMATKAN BAYI



Jika sering mengikuti laman sosial pelakon Abby Abadi, pasti anda tahu isteri kepada Faizal Zakaria (Jai Ezzany) itu terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada mereka yang mahu mengambil sebagai anak angkat.

Abby yang kini mempunyai tiga orang anak angkat, sejak dua tahun lalu itu baru-baru ini telah berkongsikan kisah berita gembira apabila berjaya menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin di buang di Kota Bharu, Kelantan dan menyerahkan kepada keluarga angkatnya di Terengganu.

"Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantuk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby.

Klik untuk gambar besar



"Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga," kata Abby yang berasa sangat syukur kerana semua urusan dipermudahkan.

Abby turut memuat naik foto bersama pasangan berkenaan yang sudah berdepan tiga kali masalah keguguran sepanjang proses kehamilan dan akhirnya dikurniakan rezeki zuriat meskipun anak angkat.



"Tiga kali gugur katanya tak ada rezeki. Terakhit, terasa sangat sebab dah enam bulan setengah. Tapi itulah, nak buat macam mana. Akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza.

"Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah suntikan atau makan ubat asal bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang yea. Senang nanti bila besar," ujarnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen dan pengikutnya memuji tindakan Abby yang sanggup bersusah payah dalam membantu pasangan yang mengimpikan zuriat. Difahamkan, sehingga kini Abby sudah berjaya membantu lebih 30 pasangan untuk mendapatkan bayi angkat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Media Hiburan & Instagram Abby Abadi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: