12 November 2020

"SAYA TAHU NIAT AWAK..." - REAKSI ADHWA BILA ISTERI DIKECAM SERTAI MISI BANTUAN DI SABAH



"Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak @ardellaryana . Dont worry about us! We're fine. we always have your back! Keep helping those people in needs. Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda.

"Maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu. Semoga Allah redha," demikianlah kata pelakon Nadzmi Adhwa yang memberikan kata-kata semangat buat isterinya, pelakon Ardell Aryana yang ketika ini dikatakan sedang dikritikan hebat oleh netizen yang mempersoalkan tujuannya untuk berangkat ke bumi Sabah bagi sertai misi bantuan kemanusiaan.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat pasangan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Ardell telah pun berangkat ke Sabah sejak minggu lalu dan kini dilihat sibuk mengagihkan barang keperluan buat mereka yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Malah, beberapa perkongsian yang dibuat oleh Ardell menerusi ruangan Instagram Stories turut meruntun jiwa banyak pihak yang rata-ratanya turut bersedih melihat kedaifan golongan tidak bernasib baik itu.

Dalam masa sama, Adhwa turut mendedahkan tugas untuk menjaga anak yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi sejak ketiadaan isterinya, Ardell Aryana yang ketika ini berada di Sabah bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan Covid-19.



Menurut Nadzmi, ketika ini barulah dia sedar betapa hebat dan besarnya pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah jemu dalam menjalankan tugas untuk menjaga anak-anak.

"Berpeluh peluh macam jogging nak bagi susu kat anak. Baru tahu bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita je. Betapa hebat nya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita, tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak," tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem 'Busut Bonang' itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: