12 November 2020

SUAMI KE SYRIA, YATT MOHON DOA: "WALAUPUN BERDEPAN PELBAGAI RISIKO..."



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Yatt Hamzah memaklumkan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin dipanggil untuk menyertai misi kemanusiaan musim sejuk di Syria, namun kali ini agak berisiko kerana ia dijalankan ketika pandemik Covid-19 sedang mengganas di seluruh dunia.

Kata Yatt, meskipun ia agak membahayakan diri suaminya, namun dia merelakan demi membantu umat Islam yang memerlukan. Yatt turut meminta semua mendoakan agar perjalanan dan misi suaminya diselamatkan.

"Suami saya dipanggil ke Syria lagi untuk misi kemanusiaan musim sejuk. Misi November 2020 kali ini luar biasa sikit kerana ia dilaksanakan di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang masih belum surut, dan terpaksa ambil masa yang panjang dari biasa.

Klik untuk gambar besar



"Walaupun berdepan pelbagai risiko bahaya, namun kerja-kerja membantu ummah perlu diteruskan. Dari awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama bermula bulan Mac 2020 lagi, dia dan team @mapimofficial jarang sekali duduk rumah. Pusing satu Malaysia sebagai frontliner untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat pandemik.

"Sekarang tiba masa untuk membantu rakyat Syria pula yang memang sentiasa dekat di hatinya dan hati saya juga. Kasih kami terhadap saudara Islam di Syria dan Palestin memang luar biasa setelah banyak pengalaman berada di bumi para Anbiya itu.



"Sebelum itu, saya mohon sangat doakan suami Mohd Zulfadhli Khiruddin dan teamnya, selamat pergi dan pulang, dan pengorbanannya meninggalkan anak-anak dan isteri demi panggilan jihad ini diredai dan diberkatiNya," katanya.

Terdahulu, Zulfadhli terpaksa menangguhkan pemergian ke Syria pada Januari lalu untuk berada di sisi Yat yang itu ketika melahirkan anak keempat mereka. Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha. Sementara dalam perkahwinan pertamanya yang terdahulu, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Yatt Hamzah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: