04 November 2020

"MEREKA YANG TAK MAHU BERJUMPA KERANA TAKUT" - DSV



"Saya tak pernah halang, tapi mereka yang tak mahu berjumpa kerana takut. Buat masa ini, untuk keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah tak payah jumpa," demikianlah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV).

Vida tidak pernah menghalang dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak untuk bertemu bapa mereka.

Vida ketika dihubungi berkata, bagaimanapun Cik B dan Kacak yang tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka kerana takut. Ditanya kenapa Cik B dan Kacak takut berjumpa bapa mereka, Vida enggan mengulas lanjut.

Klik untuk gambar besar



"Saya tak mahu besarkan cerita, lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang," ujarnya.

Vida bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isu terbabit: "Terima kasih atas perhatian semua yang mengambil berat tentang isu ini. Saya sendiri masih terkejut dan keliru.

"Cuma apa yang boleh saya katakan, saya lakukan ini semua demi keselamatan anak-anak. Saya akan maklumkan lebih lanjut selepas saya mendapat sedikit ketenangan," jawabnya enggan mengulas lanjut.



Dalam pada itu DSV turut memohon maaf dan berharap agar semua pihak memahami situasi dihadapi beliau sekarang ini: "Terima kasih kerana memahami," tuturnya.

Terdahulu, bekas suami Vida iaitu Mohd Amin Yasin, 42, menerusi peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anak, Cik B dan Kacak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Vida berkata, dia hanya mengetahui tuntutan bekas suaminya itu menerusi media, semalam. Mengulas mengenai sebutan semula kes yang ditetapkan mahkamah pada 25 November ini, Vida berkata, dia perlu berbincang dengan peguamnya dulu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Astro Gempak & Instagram Datuk Seri Vida

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: