04 November 2020

ALIFF SYUKRI: "MUKA SCAMMER COMEL MACAM INI?.. KORANG PERCAYA KE?



"Aset-aset tidak disita. Saya masih boleh guna kereta milik saya seperti biasa dan ia tak dirampas. Mungkin SRPM merasakan kami ada kaitan. Jadi, mereka ke rumah kami dan siasat.

"Mereka Ambillah apa-apa benda yang mereka perlukan dan Alhamdulillah, selepas disiasat kami tiada kena-mengena dan tiada kaitan," jelas usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Semalam hangat diperkatakan mengenai dua peguam Aliff Syuri merayu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan aset-aset yang dibekukan sebelum ini dikatakan terbabit dengan Macau Scam.

Mengulas mengenai perkara itu, Datin Nur Shahida menjelaskan bahawa mereka memberi kerjasama dengan SPRM dan aset-aset mereka tidak disita. Katanya pihak SPRM sudah melakukan siasatan dan mereka tiada kaitan dengan sindiket itu.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, menerusi perkongsian terbaru di Instagram Aliff ada memuat naik fotonya berserta status yang menjadi perhatian ramai. Aliff berkata mereka tidak terlibat dengan sindiket berkenaan dan sudah berbelas tahun berniaga.

"Ada ke patut muka scammer comel macam ini? Kami ni berniaga belasan tahun bayar LHDN berjutaan ringgit diorang cakap scammer. Korang percaya ke?" tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka percaya bahawa perniagaan yang dijalankan oleh usahawan itu tiada kaitan dengan sindiket berkenaan mememandangkan mereka sudah lama dalam dunia perniagaan.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aliff Syukri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: