12 November 2020

MINTA CADANGAN JENIS KERETA BARU - PENGIKUT SURUH ALIFF SYUKRI BANTU ORANG SUSAH



"Kereta apa yang sesuai untuk saya? Disebabkan kereta Mercedes dah let go.. Saya carilah yang baru untuk naik hutan ke @sugehecoresort. Bermulalah pencarian kereta baru untuk keluarga.

"Korang rasa patut tidak saya beli kereta Toyota Cruise ini," tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik video sedang memilih sebuah lagi koleksi kereta mewah.

Bagaimanapun, tindakan Aliff Syukri itu telah mengundang perhatian warganet. Rata-rata pengikut meminta Aliff mengunakan wang tersebut untuk disalurkan kepada orang memerlukan memandangkan negara sedang dilanda pandemik COVID-19.

Malah, ada segelintir yang menegur agar Aliff lebih sensitif dengan situasi sekarang. Menerusi rakaman video, pelantun lagu 'Bobo Di Mana' itu meluahkan hasrat untuk membeli kereta baru bagi menggantikan Mercedes yang sudah dijual di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: