27 November 2020

"NAK KENA SAMAN BARU PUAS HATI KE?" - ELLIE SURIATY KESAL DIKECAM KOMEN 'MAEL TOTEY'



"Saya mengucapkan memuji kejayaan filem Mael Totey The Movie dari segi kutipan mencecah RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan menerusi Astro First. Saya akui, filem ini memiliki formula hingga berjaya, selain mempunyai kelompok pengikut.

"Bahagian mana yang saya kecam, kutuk dan kritik pengarah Mael Totey The Movie? Kenapa maki hamun, mencarut, sumpah seranah bagai langit nak runtuh kerana pendapat saya berkenaan filem ini?

"Nak kena saman baru puas hati ke?" demikianlah tutur pelakon dan pengarah Ellie Suriaty yang kesal dengan kecaman netizen yang salah faham terhadap pandangannya mengenai filem 'Mael Totey The Movie'.

Akui sedih dikecam teruk sehingga ada yang mengaitkan keluarganya, Ellie menjelaskan dia hanya memberi pandangan bukan mengutuk dan turut mempersoalkan bahagian manakah kenyatannya itu ada mengkritik mahupun mengutuk pengarah Mael Totey The Movie, iaitu Syahmi Sazli.

Tegas Ellie lagi, tidak adil dirinya dikecam seperti sampah hanya kerana pendapatnya itu tidak selaras dengan peminat tegar filem arahan YouTuber terkenal itu.

Klik untuk gambar besar



"Pendapat mereka adalah pendapat peminat tegar filem Mael Totey The Movie, manakala pendapat saya pula dari sudut pemain industri kreatif yang berkecimpung secara profesional lebih 20 tahun dalam tiga medium iaitu teater, televisyen dan filem.

"Pendapat peminat tegar dan pandangan pemain industri tidak boleh dibuat perbandingan. Saya adalah sosok pemain industri, bukan pengkritik. Saya juga penilai karya kreatif industri filem Malaysia.

"Pengalaman sebagai juri Anugerah Skrin TV3 (ASK) kategori filem selama beberapa tahun dan juri Festival Filem Malaysia (FFM) melayakkan saya memberi pendapat mengenai perfileman Malaysia.

"Saya juga penilai luar bagi peperiksaan tahun akhir pelajar Fakulti Seni Persembahan Universiti Malaya. Selebihnya tak perlulah saya beritahu," katanya.


Tampil menjelaskan mesej sebenarnya itu, Elliet berkata pandangannya lebih menjurus kepada pembikinan sesebuah filem cereka. Ujarnya, tidak kira berapa besar kos penghasilan filem itu, aspek teknikal adalah perkara penting.

"Bagi sesebuah karya, perkara paling penting adalah sudut teknikal pembikinan filem cereka. Dalam erti kata lain, teknikal adalah indeks petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pembikinan.

"Andai proses pembikinan dari sudut teknikal tidak dilaksanakan dengan baik, kualiti filem pasti terjejas nilai paparan audio visual filem. Kerja teknikal penting untuk setiap genre pembikinan filem dalam dunia ini.

"Tidak kiralah penghasilan filem berskala besar, rendah atau Hollywood sekalipun. Asas dalam menghasilkan sesebuah karya filem adalah aspek teknikal pembikinan sesebuah filem cereka. Kena capai aspek teknikal ini dahulu sebelum menghasilkan filem," ujarnya.

Dalam pada itu, Ellie turut menasihatkan kepada sesiapa yang mahu bergelar pengarah supaya mendalami ilmu pembikinan filem terlebih dahulu.


www.myartis.com / Sumber: Baerita Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: