13 November 2020

NOOKHIRIAH DEDAH TERIMA MESEJ PENGGUNA IG NAK SANTAU



"Apa salah akak? Akak tak kenal kau dik. Tapi akak boleh tertengok IG Story kau tadi. Sempatlah akak snap gambar kau dik. Dengan artis famous tu. Tapi tak payahlah akak post kat sini. Akak simpan yer," demikian tulis pelakon Noorkhiriah yang turut memetik akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Selepas Syafie Naswip, Noorkhiriah pula mendedahkan menerima ugutan menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagramnya. Kata Noorkhiriah, dia tidak mengenali pengguna terbabit namun telah merakamkan foto yang dimuatnaik di ruangan Instagram Stories pemiliknya untuk tindakan lanjut.

Menerusi paparan skrin yang dimuatnaik di Instagramnya, pengguna terbabit mengugut untuk mengupah bomoh dan mahu menghantar santau kepada Noorkhiriah.

Klik untuk gambar besar



"Kau ingat ni, kau tunggu bila-bila masa. Aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ni bukan benda main-main aku serius," tulis pengguna itu.

Bagaimanapun, posting terbabit telah dipadamkan oleh Noorkhiriah pada pagi Khamis. Difahamkan, akaun terbabit merupakan akaun palsu yang sama digunakan untuk menghantar mesej ugutan kepada pelakon Syafie Naswip awal minggu ini.

Dalam kiriman mesej kepada Syafie, pelakon itu mendedahkan dia diugut pengguna terbabit untuk membomohkan atau menghantar santau kepadanya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noorkhiriah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: