01 November 2020

NOORKHIRIAH BERSYUKUR BAKAL ADA VAN JENAZAH KEDUA: "MULIANYA HATI KORANG, TAK SAMPAI 24 JAM..."



Pelakon Noorkhiriah menerusi laman Instagram memuat naik entri memohon jika ada sesiapa yang sudi menyumbang seikhlas hati untuk dia mengubah suai van jenazah keduanya.

"Assalamualaikum. Nak tanya. Macam ni, akak nak beli 2nd Van Jenazah. Alhamdulillah, duit untuk membeli dah ada cuma sekarang untuk transform MPV itu ke Van Jenazah belum cukup. Ada sesiapa sudi menyumbang seikhlas hati. Maaf tanya ya, terima kasih," kongsi Khiriah sebagai entri di Instagram.

Namun tidak sampai 24 jam, Khiriah memuat naik satu lagi entri memberitahu bahawa sumbangan yang diterimanya sudah mencukupi: "Assalamualaikum. Terima kasih kalian. Sumbangan untuk 2nd Van Jenazah ditutup sebab dah cukup rezekinya untuk suami akak transform MPV itu ke Van Jenazah.

"InshaAllah bila dah siap akak share gambar Van Jenazah milik kita bersama di sini ya. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Terima kasih semua," kongsi Khiriah.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya kerana dapat mengumpulkan sumbangan dalam tempoh yang cukup singkat.

"Tak tau nak describe macam mana betapa mulianya hati korang. Tak sampai 24 jam. Dah cukup sangat-sangat dah rezekinya untuk akak setelkan bahagian dalam van tu nanti," tulis Khiriah sebagai kapsyen entri tersebut.

Sebelum ini Khiriah turut menjadikan MPV miliknya sebagai kenderaan jenazah yang pertama dan percuma untuk digunakan oleh mereka yang memerlukan.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noorkhiriah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: