04 November 2020

OOTD CIK B CECAH HINGGA RM118,000 - NETIZEN TERGAMAM



Sebut sahaja nama Cik B, pasti ramai kenal dengan anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Berbeza dengan gadis remaja lain yang gemar berfesyen, Cik B lebih gemar berpakaian ringkas dan mahu menjadi dirinya sendiri. 

Baru-baru ini, Cik B ada berkongsikan gambar OOTD di laman Twitter dan Instagram miliknya. Ramai yang tertanya-tanya berapa harga dan nilai barangan yang dipakai oleh Cik B.

Tidak mahu netizen terus berteka-teki, Cik B memuat naik satu foto memaparkan nilai setiap barangan jenama mewah yang dipakainya. Lebih mengejutkan, harga penampilannya dari atas hingga ke bawah mencecah sehingga RM118,460.

Apa yang pasti, netizen tergamam dengan pendedahan Cik B itu, malah ada yang mengatakan harga cincin Cik B sama harga dengan motosikal mereka. Malah, lebih lucu ada yang bergurau mahu bekerja dengan Cik B.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, The Vocket & Twitter / Instagram Cik B

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: