04 November 2020

PENGHIAS WAJAH MAJALAH BERBAHASA CINA - NEELOFA SUDAH RANCANG BERNIQAB



Menerusi laman sosial Instagram majalah berbahasa cina tempatan iaitu Citta Bella, pengacara dan usahawan Noor Neelofa tampil sebagai penghias muka depan bulan November majalah tersebut.

Majalah Citta Bella yang memuat naik dua hasil muka depan memaparkan Neelofa yang telah siap disunting untuk tatapan umum itu telah mencuri perhatian wargamaya.

Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa mencuri perhatian wargamaya apabila tampil sebagai penghias muka depan bulan November majalah berbahasa cina tempatan, Citta Bella.

"Kami sangat berbangga untuk menampilkan Neelofa sebagai penghias muka depan November 2020 untu kali ketiga, dengan penuh keanggunan dan sofistikated.

"Imej-imej cantik ini diambil sebelum Neelofa mengambil keputusan untuk berniqab. Neelofa sudah mempunyai konsep menutup sebahagian wajah ini di mindanya sejak September lagi dan stylist Colin melaksanakan gaya ini pada awal Oktober.

Klik untuk gambar besar



"Dan akhirnya Neelofa mengumumkan dirinya mengenakan niqab seminggu selepas sesi penggambaran ini diadakan. Kami ingin mengucapkan segala yang terbaik untuk perjalanan nurani terbarunya ini.

"Akhir sekali, kami meraikan kepelbagaian budaya. Kamu cuba yang terbaik untuk menyerlahkan kecantikan wanita dan kekuatan dalamannya tanpa mengira umur, bentuk badan, etnik dan kepercayaan. Kami doakan masa depan yang terbaik untuk semua," tulis majalah tersebut di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Neelofa tampil serba merah dalam sehelai kain daripada jenama mewah Bottega Veneta yang menutupi keseluruhan wajah dan hanya kelihatan matanya sahaja.

Bagi muka depan kedua pula, Neelofa mengenakan persalinan hitam ala ninja dan memegang bunga tulip berwarna merah di ruangan matanya. Melihat pada ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji hasil seni kreatif muka depan majalah bulan November ini.

Malah, ramai juga yang turut memberikan tanda hormat kepada majalah ini kerana memilih figura beragama Islam ini sebagai penghias muka depan. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir ribuan tanda suka daripada wargamaya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Citta Bella Malaysia

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: