24 November 2020

PIHAK PENGURUSAN SAHKAN HAEL, ERNIE, SYAMEL, & AMIRA NEGATIF COVID-19



Menerusi satu muat naik di laman Instagram, syarikat pengurusan bakat Rocketfuel memaklumkan bahawa artis dan tenaga kerja yang terlibat dengan separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) telah disahkan negatif Covid-19.

Antara artis yang terlibat adalah Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman. Perkara itu dimaklumkan menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram (IG) semalam.

"Pihak pengurusan Rocketfuel ingin memaklumkan bahawa artis dan team di bawah naungan Rocketfuel Entertainment yang terlibat dalam Semi Final Muzik-Muzik 35 iaitu Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman disahkan negatif Covid-19.

Klik untuk gambar besar



"Walaupun tidak diharuskan menjalani proses kuarantin, pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari wabak ini," tulisnya.

Pada Ahad lalu, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mengumumkan dirinya positif Covid-19. Alif yang membuat persembahan pada 20 November (Jumaat) kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Susulan itu, kebanyakan rakan artis yang terlibat dalam program sama diminta untuk membuat saringan Covid-19.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram @rocketfuelent, Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel & Amira Othman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: