24 November 2020

ALIF SATAR BERSYUKUR ISTERI & ANAK-ANAK NEGATIF COVID-19



"Allah kabulkan doa kalian semua... Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas Covid-19 dan akan dikuarantin di rumah selama dua minggu.

"Alif terima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan Whatapps dan Alif ucapkan terima kasih atas doa kalian," demikianlah kata penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, meluahkan rasa syukur apabila isterinya Sha Dila Halid dan tiga anaknya tidak dijangkiti wabak pandemik Covid-19.

Pengacara program Big Stage itu berkongsi perkara itu di Instagram pada Selasa berkata, isteri dan anak-anaknya akan menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu.

Klik untuk gambar besar



Alif memaklumkan, dia didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan di Hospital Melaka pada Ahad. Kemudian pada Isnin, pengurusnya Adlina Abu Bakar mengesahkan ibu, bapa dan adik perempuan penyanyi 'I want You To Love Me' ini turut dijangkiti wabak itu.

Penyanyi lagu 'Sesungguhnya Aku' itu turut memohon maaf atas segala kesulitan ini dan meminta semua mendoakan dia diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

Untuk makluman, Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3, dan Muhammad 'Ali yang kini berusia satu tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Alif Satar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: