23 November 2020

POSITIF COVID-19, ALIF SATAR MOHON MAAF - RAKAN TERLIBAT SWAB TEST



"Assalamualaikum.. dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

"Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif. Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari..

"Dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan... p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin. ALIF AMBIL TEST PADA 21HB NOV," demikianlah tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar.

Memaklumkan khabar kurang baik menerusi laman Instagram petang semalam apabila mengesahkan dirinya positif COVID-19, Alif akui keputusan tersebut sangat mengejutkan, namun redha dengan dugaan yang diberikan.



Alif berkata meskipun sibuk dengan penggambaran namun tetap menjalankan tanggungjawab melakukan ujian saringan COVID-19. Ujarnya, perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.

Kini sedang menjalani kuarantin, Alif memohon maaf di atas segala kesulitan dan memohon doa agar diberi kesembuhan. Katanya lagi, dia sudah pun memberi nama dan kontak rapat kepada pihak KKM.

Susulan berita Alif disahkan positif COVID-19, mereka yang terlibat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) turut melakukan ujian saringan berikutan Alif merupakan peserta SFMM35 pada hari pertama.



Antara selebrti yang berkongsi melakukan ujian saringan Covid-19 di Instagram mereka semalam adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni serta Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah Alif dilihat membuat permohonan maaf di ruangan komen setiap artis yang terpaksa melakukan swab test disebabkan menjadi kontak rapatnya. Dalam pada itu, Alif turut mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan terhindar daripada wabak tersebut.

Tidak menyalahkan Alif di atas apa yang berlaku, rata-rata rakan artis mendoakan agar Alif segera sembuh. Apa pun diharap Alif cepat pulih dan ahli keluarganya turut terhindar dari wabak berkenaan.











www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: