23 November 2020

"WOW, HEBATNYA AWAK..." - AISHAH BERANG BILA DIDAKWA 'ANGKUH' OLEH INDIVIDU



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi Aishah telah memuat naik satu paparan mesej peribadi (DM) yang diterimanya daripada seorang individu.

Penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu telah meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak yang mendakwa dirinya sebagai seorang individu yang mempunyai masalah sifat keperibadian angkuh.

"Satu masalah Aishah ni ialah terlampau arrogant (angkuh).. sebab tu Tuhan dah tarik balik apa yang anda ada. Semoga jadi pengajaran.. ps: Memang anda nyanyi tak sedap hari itu. Terima sahajalah hakikat," tulis individu berkenaan.

Mesej tersebut diterimanya selepas menggantikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu dalam sebuah program nyanyian baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Begitupun, Aishah kemudian menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas: "Wow, hebatnya awak jatuh hukum pada saya. Awak betul-betul kenal saya ke?

"Memang rancang untuk 'attack' (serang) ye atau kena bayar?? Jangan selindung-selindung dik, mari jumpa saya. Itupun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM saja nak kutuk saya," katanya.

Jelas Aishah, dia bukanlah seorang yang angkuh, sebaliknya hanya seorang individu yang mempunyai pendirian tersendiri.

"Ramai yang salah anggap 'having principles' (ada prinsip) sebagai 'arrogance' (angkuh). Mari jumpa saya depan-depan saya boleh jelaskan kepada anda perbezaannya.



"Jangan jadi pengecut, baling batu sembunyi tangan. Tunjuk gambar muka anda yang sebenar supaya pengikut saya boleh kenal awak," ujarnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati pelantun lagu Janji Manismu itu untuk tidak mengendahkan kritikan sedemikian.

"Kak Aishah tolong jangan layan. - "Ya Allah kurang ajarnya dia Kak Aishah, tak sepatutnya dia buat macamtu!! Sabar ya Kak Aishah," komen sebahagian peminatnya.

Sebelum ini, Aishah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ada yang memuji nyanyiannya, bahkan ada juga yang menyifatkan nyanyiannya kurang menyerlah.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aishah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: