23 November 2020

IBU BAPA & ADIK BONGSU ALIF SATAR POSITIF COVID-19 - PENGURUS NEGATIF



Selepas penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mengesahkan dirinya positif Covid-19, ramai rakan-rakan termasuk keluarga yang mempunyai kontak rapat dengan beliau membuat ujian saringan wabak tersebut.

Pengurus kepada Alif iaitu Adlina Abu Bakar mengesahkan dirinya negatif Covid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu. Namun dukacita dimaklumkan, ibu bapa serta adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif Covid-19 hari ini.

"Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital. Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.

"Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh," kata Adlina ketika dihubungi selepas beliau berkongsi mengenai keputusan Covid-19 di media sosial.

Klik untuk gambar besar



Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu. Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan positif Covid-19 pada Ahad.

Menurut pengurusnya lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad 'Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

"Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit. Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat," tuturnya.

Alif yang menjalani penggambaran drama 'Penjara Cinta' sejak minggu lalu itu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alif Satar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: