23 November 2020

MAJLIS NIKAH TERPAKSA DITUNDA - ISA & RISTEENA MENANGIS DEPAN KELUARGA



"Sepatutnya saya dan Isa Khan akad nikah pada 20.11.2020 sehari selepas hari jadi saya. Segala persiapan telah pun dibuat. Tetapi disebabkan situasi pandemik yang dihadapi, majlis terpaksa ditunda ke tarikh yang baru. 

"Kita hanya mampu merancang, Allah sebaik baik perancang. Kami akan bersama-sama dan akan lebih kuat dalam menjalani segala dugaan," demikian tulis pelakon Risteena Munim, 31, apabila majlis pernikahannya bersama pasangannya, pelakon Isa Khan, 27, terpaksa ditunda ke tarikh lain disebabkan pandemik COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Risteena menerusi satu perkongsian video di laman Instagram miliknya. Menerusi entri itu, Risteena berkata segala persiapan sudah dibuat untuk majlis tersebut namun mereka hanya mampu merancang.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada video yang dikongsikan itu, Isa dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata dihadapan ibu Risteena, Che Bunga Salleh.

Turut kedengaran, Isa berkata banyak dugaan ditempuhi mereka untuk menghalalkan hubungan. Dalam video itu juga, Risteena turut menitiskan air mata.

Dalam pada itu, Risteena meluahkan rasa syukur dikurniakan keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan agar segala urusan perkahwinan mereka akan dipermudahkan.



"Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan pasangan yang sangat mencintai saya. Semoga semua urusan dipermudahkan. Doakan yang baik-baik," kata pelakon drama 'Playboy Itu Suami Aku' itu lagi.

Untuk makluman, Isa dan Risteena atau nama penuhnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Sebelum ini, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.














www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, Instagram Risteena Munim & Isa Khan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: