23 November 2020

NETIZEN KRITIK SILING TANDAS DIPASANG MURAL - HANIS ZALIKHA PADAM KOMEN



Jika anda mengikuti perkembangan isteri kepada pelakon Hairul Azreen iaitu pelakon Hanis Zalikha, pasti anda tahu bahawa ibu dua cahaya mata ini bukan sahaja bergelar usahawan berjaya namun kini dilihat semakin aktif menceburi bidang reka bentuk dalaman.

Menerusi laman Instagram, Hanis juga sering berkongsikan perkembangan terbaru mengenai reka dalaman rumah pelanggannya. Namun, satu entri Hanis dikritik apabila memasang mural di siling tandas rumah pelanggannya.

Seorang netizen turut meninggalkan komen panjang mengenai bahaya pemasangan mural atau wallpaper di siling terutama di tandas kerana ia hanya satu pembaziran dan boleh memberi kesan pada kesihatan.

Malah, netizen itu turut mendakwa Hanis tidak mengkaji atau melakukan pemeriksaan seperti sistem pengudaraan, masalah mekanikal dan struktur terlebih dahulu.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun difahamkan, komen netizen tersebut pada Instagram Hanis itu telah dipadam mungkin kerana tidak mahu mencetuskan perbalahan di ruangan komen.

Namun, isu itu terus hangat diperkatakan di laman Twitter dimana netizen terus menyuarakan pendapat mereka tentang perkara tersebut. Bagaimanapun, ada netizen mendakwa ubah suai itu dilakukan pada rumahnya dan bukan pada rumah pelanggannya.

Apa-apa pun, kita nantikan sahaja penjelasan daripada Hanis sendiri yang mungkin tahu apa yang dilakukannya daripada terus bertelagah.









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Hanis Zalikha

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: