01 November 2020

POSTER 'HATI YANG TERSAKITI' DIDAKWA SAMA DENGAN DRAMA THAILAND - INI JAWAB NAD ZAINAL



"Sejujurnya saya sebagai pelakon memang tak tahu menahu mengenai perkara ini kerana kita dapat skrip dan berlakon sahaja. Biasalah kalau sesebuah drama itu ada persamaan tema tapi jalan cerita akan ada kelainan... ada yang sudah tonton cerita dari negara luar itu dan mereka kata jalan cerita tak sama.

"Saya sebagai pelakon tak terkesan dengan isu yang dibangkitkan dan dalam masa sama tidak juga mempromosikan drama ini," demikian kata pelakon utama drama 'Hati Yang Tersakiti', Nad Zainal yang memberitahu dia dan barisan pelakon lain tidak mengetahui mengenai persamaan poster drama berkenaan dengan sebuah drama dari Thailand sehinggalah ia menjadi tular di media sosial.

Sebelum ini, drama 'Hati Yang Tersakiti' arahan Feroz Kader itu pernah dikatakan meniru jalan cerita drama popular dari Korea Selatan, 'The World of the Married'.

Klik untuk gambar besar



Kali ini drama tersebut mengundang kontroversi sekali lagi, berhubung posternya pula. Ia selepas seorang pengguna laman sosial memuat naik persamaan poster drama tersebut dengan sebuah drama dari Thailand.

Malah, poster drama turut dikatakan meniru sebuah drama dari Thailand apabila memperlihatkan susunan gambar pelakon dan warna baju yang hampir sama. Selain Nad, drama yang mula ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada 15 Oktober lalu turut dibintangi oleh Remy Ishak dan Mimi Lana.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nad Zainal

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: