28 November 2020

PU ABU 'SOUND' SEMUA, BERHENTI ULAS ISU DA'I SYED - NETIZEN UNGKIT KISAH RUMAH TANGGA



Menerusi muat naik di laman Insta Story, pendakwah bebas iaitu PU Abu Sufyan Mokhtar telah memohon agar content creator termasuk ustaz selebriti berhenti mengulas mengenai kontroversi yang dipercayai membabitkan rakannya, Da'i Syed.

Tegas PU Abu, tindakan bercerita atau memberikan komen berhubung situasi yang sedang hangat diperkatakan itu disifatkan akan menambah minyak dalam api.

"Peringatan buat kita bersama, kepada content creator dalam kalangan YouTuber ke influencer ke ustaz selebriti ke tak kiralah siapapun anda berhentilah ulas pasal apa yang berlaku dekat dia.

"Apapun niat anda, niat tak halalkan cara. Hakikatnya anda telah menambahkan minyak pada api yang marak. Aku juga pernah ada kisah yang dikaitkan dengan dia. Cuma sekarang bukanlah waktunya untuk reveal sebab tindakan pun dah berjalan.

"Cuma nasihat je sesiapa yang dah terkait untuk buat benda yang patut. Cukup. Tak perlu reveal. Dia sedang diuji, mungkin sampai waktu kita pula," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Seru PU Abu agar melihat perspektif kebajikan yang dilakukan rakannya itu secara meluas dan tidak memperkatakan mengenai perkara negatif semata-mata.

"Untuk makluman, dia pun ada kebaikan dia juga, kerja-kerja dakwah dia pun masih dikira oleh Tuhan, dia turun Syria bantu rakyat sana masih Tuhan pandang, senang cerita kebaikan dia Allah akan ambil kira ketika di Padang Mahsyar.

"Kita ni yang tak tahu macam mana yang cari fame dengan ulas pasal orang. Bagi aku simple, kau tak diuji kau boleh sembang dekat media sosial. Tuhan buka aib kau, terciduk juga!" tambahnya.

Bagaimanapun, tindakan menasihati netizen supaya tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum serta mengadili ujian menimpa Da'i Syed, kisah rumah tangga PU Abu diungkit oleh netizen.



Menerusi Insta Story, PU Abu memuat naik paparan skrin mesej daripada netizen yang mengecam tindakannya itu serta mengatakan pendakwah itu tidak layak bersuara kerana pernah menceraikan bekas isteri ketika sarat hamil.

"Tak layak nak ingatkan orang. Cerai bini pun masa dia mengandung. Ada hati nak nasihat. Baik aku terima nasihat daripada pelacur je daripada penunggang agama macam hang," tulis individu itu.

Namun begitu, Abu beranggapan individu tersebut sebenarnya tidak memahami mesej yang cuba disampaikan sebelum ini. Jelasnya, dia hanya menegur berhenti bercakap pasal orang tidak kira siapa pelaku kesalahan itu.

"Bila tak memahami apa yang kita tengah cakap tapi nak juga ulas apa kita cakap. Inilah jadi. Aku hanya cakap soal berhenti bicara fasal orang tak kira siapa pelaku kesalahan itu.



"Bukan memilih siapa pelakunya. Contoh bila kita dengar orang yang ada sejarah tidak baik diuji kita sebut ia sebagai bala, balasan tapi bila seorang yang baik diuji kita sebut sebagai ujian.

"Bukankah itu dikira double standard. Agama tak pernah ajar penganutnya jadi seperti itu. Lebih baik diam daripada nak komen atau ulas isu orang," katanya.

Membalas komen seorang netizen yang menuduh dirinya tidak mahu mengakui kesilapannya ceraikan isterinya ketika hamil, Abu berkata dia menyesali perbuatannya itu dan cuba sedaya upaya menebus segala kesilapan.

"Demi Allah, aku tidak pernah pertahankan apa yang telah aku buat setahun lalu. Malah, aku anggap kalau tak diuji dengan viral mungkin aku tak ambil pengajaran," tuturnya.

PU Abu bertindak mengulas mengenai situasi terbabit apabila netizen mula membuat pelbagai andaian termasuk melabelkan segelintir pendakwah sebagai penunggang agama.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Da'i Syed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: