25 November 2020

REEN RAHIM LUAH RASA RIMAS ASYIK DAPAT KOMEN LUCAH



"Penatlah nak block orang bebal ni. Selalunya aku abaikan dan block tapi hari ni macam naklah layan, nak rasa jadi bebal seronok tak. Tapi maaflah kasar bro.

"Artis pun manusia, reti maki juga, cuma kena ikut mood," demikian tulis pelakon Reen Rahim yang dilihat tidak dapat menahan kesabarannya lagi apabila sering menerima komen lucah dari netizen, meskipun sudah lali dengan kecaman netizen kerana berpenampilan seksi.

Sebelum ini memilih untuk tidak melayan dan menyekat komen tersebut, nampaknya Reen tampil membalas komen-komen lucah daripada netizen itu serta memuat naiknya di Insta Story sebagai pengajaran.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Reen turut berterima kasih kepada peminatnya yang sering menasihatinya dan meminta supaya bersabar serta tidak melayan netizen sedemikian.

"Adik-adik DM akak minta akak sabar jangan layan, terima kasih banyak-banyak. Tapi memang mood hari ini seronok nak layan kebebalan beliau-beliau, tak jejaskan mood akak pun sayang. Akak happy-happy je ni," tambah Reen.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Reen Rahim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: