25 November 2020

"CIK B GADIS SWEET, SOPAN SANTUN..." - ANIQ SUHAIR MENGAKU RAPAT DENGAN DSV



Sebelum ini, anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B memuat naik sebuah hantaran di laman Twitter dengan menyatakan bahawa dirinya kini sudah berpunya selain berkongsi beberapa keping gambar dan video bersama pelakon baharu, Aniq Suhair.

Cik B menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Insta Story turut memuat naik foto bersama pelakon drama 'Lelaki Lingkungan Cinta' itu dengan kapsyen ringkas "With My Fav Person". Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mengesahkan status hubungan mereka.

Susulan itu, rata-rata peminatnya terkejut selain menzahirkan ucapan tahniah buat Cik B kerana sudah berjaya temui cinta ketika di usia yang masih mentah. Malah, ada yang turut mempersoalkan sama ada perkara itu benar atau pun tidak.

Dalam masa sama, ada juga yang mengatakan mungkin mereka hanya mempromosikan drama lakonan mereka yang berjudul 'Lelaki Lingkungan Cinta' yang kini sedang disiarkan di kaca televisyen.

Klik untuk gambar besar



Berhubung gosip mempunyai hubungan cinta dengan Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, Aniq tampil mengakui hubungan mereka mula rapat sejak bergandingan dalam drama 'Lelaki Lingkungan Cinta'.

Menurut Aniq atau nama penuhnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 20, dia selesa berkawan baik dengan Cik B kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh gadis berusia 15 tahun itu.

"Kami mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama 'Lelaki Lingkungan Cinta'. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi daripada situlah kami mula berkawan rapat.



"Walaupun Cik B nampak pendiam tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau! Contohnya dia pick up line dan saya pun suka berbalas pick up line dengan dia.

"Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul," kata bekas finalis program Hero Remaja 2020 ini.

Menjelaskan situasi sebenar, Aniq meminta peminat tidak mengambil serius mengenai perkongsian mereka di laman sosial dan menganggap ia hanyalah gurauan sesama teman.



"Saya harap orang luar tidak melihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini.

"Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius tentang perkara ini sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan.

"Sejujurnya kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik antaranya tentang perniagaan, permainan video dan koleksi kasut," jelasnya lagi.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Aniq Suhair & Cik B

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: