25 November 2020

SALAH SEORANG PEMUZIK, RAJWAN POSITIF COVID-19 - SHERRY ALHADAD MOHON DOA



"Salam semua, salah seorang pemuzik The Sherry Show jugak drummer dari Alif n The Locos di sahkan positif covid. Sama sama kita doakan supaya @rajwan89 cepat sembuh. Aamiinx," tulis pengacara dan pelakon Sherry Alhadad.

Sherry memaklumkan salah seorang pemuzik untuk rancangannya kendaliannya, The Sherry Show disahkan positif Covid-19, pada Selasa. Difahamkan, pemain drum bernama Rajwan itu merupakan ahli kumpulan Alif Satar And The Lacos.

Menerusi laman Instagram, Rajwan atau lebih mesra dengan panggilan Wan memberitahu telah menjalani ujian saringan (swab test) pada Isnin lalu.

Klik untuk gambar besar



"Salam teman-teman semua.. Buat pengetahuan semua, semalam pada 23hb saya telah membuat swab test kali kedua dan pada pagi tadi pihak hospital telah mengesahkan saya positive covid-19.. Saya memohon doa dari TEMAN-TEMAN semua agar diberikan kesembuhan..," katanya.

Imbas kembali, kumpulan pemuzik ini juga difahamkan telah membuat persembahan dengan Alif Satar di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) Jumaat lalu. SFMM35 bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dipancarkan secara langsung di TV3, jam 9 malam. 



Sementara itu, Sherry yang sebelum ini membuat swab test selepas Alif positif Covid-19 menerusi Instagram mengesahkan dirinya negatif wabak tersebut.

"Salam semua. Alhamdulilah atas berkat doa kalian semua. Proses kuarantin masih di jalankan walaupun keputusannya negatif. Hari ke 10 atau ke 12 saya akan melakukan swab test yang kedua.

"Terima kasih kepada doktor dan jururawat MSU Hospital yang menguruskan kami semalam. Kepada semua yang terlibat dalam #sfmm35 yang masih menunggu keputusan, saya doakan supaya semuanya di permudahkan. Buat @alifsatar kami doakan semoga alif serta keluarga cepat sembuh. Aamiin," tulisnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Medai Hiburan, Instagram Sherry Alhadad & @rajwan89

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: