25 November 2020

"DIANUGERAHI AKHLAK LEBIH BAIK & MULIA" - SUAMI SARAH DISAMAKAN DENGAN MONYET



"Alhamdulillah... terima kasih, haiwan ini (monyet dalam foto yang kelihatan seperti suamiku) juga merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang luar biasa. Jadi, saya akan menganggapnya sebagai pujian. Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, jangan sedih atau marah. Bersabarlah.

"Kita tidak pernah tahu apa yang mungkin dilalui oleh seseorang. Mereka mungkin sedang berdepan dengan masa yang sukar," demikianlah kata pelakon Sarah Hildebrand.

Selepas Sarah mengambil keputusan untuk membuka hijab, pelakon itu terus menerima kecaman daripada segelintir netizen di laman sosial.

Klik untuk gambar besar



Terbaharu, Sarah menerusi laman Instagram miliknya telah mendedahkan paparan skrin mesej seorang individu yang menyamakan suaminya iaitu Otto Gillen dengan seekor monyet.

Sarah, 30, bagaimanapun menganggap haiwan itu juga merupakan ciptaan tuhan yang luar biasa. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen yang turut menasihati Sarah supaya mengabaikan sahaja komen negatif.


Biarpun menerima kecaman yang teruk, pelakon drama 'Pujaan Hati Kanda' itu sentiasa kelihatan tenang menghadapinya. Sebelum ini, tindakan Sarah berkongsi foto bersama suami tanpa memakai tudung di Instagram mengundang kecaman netizen.

Dalam pada itu, Sarah turut mengajak netizen lain meluangkan masa mendoakan individu tersebut supaya dikurniakan akhlak yang lebih mulia.

"Dengan ini, saya meminta anda semua untuk meluangkan masa anda untuk mendoakannya. Doakan yang baik untuk dia. Semoga dia dianugerahi akhlak yang lebih baik dan mulia," ujar Sarah yang mendirikan rumah tangga dengan Otto yang berdarah kacukan Filipina-Amerika itu pada 3 November tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sarah Hildebrand

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: