25 November 2020

SELEPAS DAKWAAN ROGOL - DA'I SYED KINI DIDAKWA PERNAH 'TRY' AISHAH AZMAN?



Selepas nama menjadi hangat dek kerana terpalit dengan dakwaan berat apabila dituduh pernah merogol seorang gadis oleh pengguna laman Twitter, terkini pendakwah bebas yang juga penyanyi, Da'i Syed turut didakwa pernah cuba untuk menjalin kasih dengan pelakon Aishah Azman.

Kata individu terbabit, Syed sebelum ini dikatakan langsung tidak segan memuat naik foto aktres berkenaan di laman Instagramnya sebagai tanda suka.

Bagaimanapun tindakan itu mendapat perhatian abang kepada Aishah iaitu pelakon Afiq Muiz yang tampil meninggalkan komen di posting terbabit.

Menerusi laporan media, hasil tinjauan mendapati, foto tersebut mungkin telah dipadam Syed kerana langsung tidak kelihatan sebarang entri yang memaparkan wajah pelakon tersebut di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Tidak terhenti begitu sahaja, menjengah ke Instagram Aishah, beliau seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini seolah berpuas hati atas apa yang telah berlaku dan menimpa jejaka itu

Posting yang memaparkan ungkapan “Sepandai pandai tupai melompat, akhir jatuh ke tanah jua” seperti menyindir pendakwah itu yang kini semakin terbongkar akan kisah silamnya.

Malah, di laman Twitter pula, Aishah dilihat berani bersuara dan cuba mempertahankan hak wanita berikutan kisah gadis yang pernah dirogol pendakwah berkenaan.



Akan tetapi, segalanya kini masih tidak dapat dipastikan sama ada perbuatan keji itu benar-benar berlaku ataupun sebaliknya.

Malah kisah yang melanda Aishah itu juga difahamkan masih belum temui kata sahih kerana tiada kenyataan rasmi yang dimaklumkan oleh pihaknya sendiri.

Untuk makluman, Syed sebelum ini telah tampil membuat laporan Polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 5.45 petang semalam susulan dakwaan merogol seorang gadis sehingga mengalami trauma.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: