18 November 2020

"SOLAT BERJEMAAH IKUT NORMA LAMA... TAKUT MATI PUN MATI JUGA" - ZUL YAHYA



"Aku cadangkan buka salah satu masjid di setiap kawasan untuk solat berjemaah ikut norma lama. Kami boleh buat solat hajat perdana dan macam-macam amalan untuk memohon bantuan Allah.

"Yang bersedia boleh bersama dan kepung kami di situ, apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apalah pula. Bab-bab masjid ini duk bagi macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal.

"Yang tak bersedia duk diam-diam di rumah," saran pelakon Zul Yahya yang mencadangkan agar mempertimbangkan untuk membuka semula masjid dan membenarkan solat berjemaah mengikut norma lama.

Kata Zul, cara itu membolehkan orang ramai melakukan solat hajat perdana dan amalan lain untuk memohon bantuan dari Allah. Dalam posting sama di Instagram, Zul menyeru untuk berusaha mati di tempat dan masa yang terbaik.

Klik untuk gambar besar



"Takut mati pun mati juga, berani mati pun mati juga. Jadi usahalah mati di tempat dan masa yang terbaik kerana masa yang terbaik tak menunggu kita... Jom! Kita suarakan perkara ini bersama , kita mohon dengan baik," tambahnya.

Terdahulu, Zul turut memuat naik sepotong rakaman video menunaikan solat berjemaah di sebuah surau tanpa jarak fizikal: "Alhamdulillah ... kami masih rapatkan saf , masih lagi terasa nikmat," tulisnya pada rakaman video terbabit.

Video yang memaparkan sekumpulan jemaah lelaki berbaju t-shirt dengan tulisan sama 'sangka baik hati jadi baik' itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkilan dengan tindakan mereka.

Jelas Zul: "Kerana sedih dan simpati sebab itulah kami nak bersatu hati berkumpul ramai-ramai memohon bantuan dari Allah yang Maha Esa".







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sandra Dianne

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: