21 November 2020

SUAMI BERI KEJUTAN LEPAS BERSALIN - EMMA MAEMBONG SEBAK, TERHARU



"Masa ni baru je balik from hospital sampai rumah my husband @shazli.a surprised me with this. Allah terharu sgt. never thought u can be this sweet n romantic.

"Thank you my dear husband for everything. and thank you to @shaznin.a and his team for helping my husband, u know who u are 🥰. love you, it means a lot to me 😭🥰.

"Alhamdulillah #Eslovestory #Emmaxshazli #Emanizers #Emmamaembong @emanizers,"demikianlah tulis pelakon Emma Maembong yang sebak dan terharu apabila suaminya, Muhammad Shazli Azhar memberikan kejutan sebaik sahaja pulang ke rumah selepas bersalin.

Klik untuk gambar besar



Emma tidak menyangka suaminya seorang yang sangat romantis. Mengucapkan terima kasih pada suami, Emma merasakan dirinya dihargai selepas bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

Perkongsian Emma itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat pelakon itu menangis. Malah, ramai yang memuji suami Emma yang menghargai pengorbanan isteri yang telah melahirkan zuriat mereka.



Dalam pada itu, ada yang mengatakan aksi Emma mengelap air mata menggunakan baju itu saling tak tumpah seperti reaksi seorang mak yang sedang menangis kegembiraan.

Pada 8 November lalu, pelakon drama 'Awak Suka Saya Tak?' itu selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram di pusat perubatan di Shah Alam pada 8 November lalu secara normal. Emma dilihat tidak lokek berkongsikan wajah anak sulungnya.

Meskipun sudah hampir dua minggu, sehingga kini pasangan itu masih belum mendedahkan nama putera sulung mereka itu. Apa pun kami ucapkan selamat berpantang kepada Emma.

















www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Emma Maembong

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: