05 November 2020

SUHAIMI SAAD HIDAP SAKIT MATA KRONIK: "SAYA GUNA TONGKAT UNTUK BERJALAN"



"Saya mengalami masalah mata ini sejak tinggal di ibu negara lagi. Selain isteri, saya juga menggunakan tongkat untuk berjalan. Saya masih masih mendapatkan rawatan susulan di hospital selain meneruskan rawatan secara tradisional untuk mengubati mata ini," demikian kata bekas penyanyi kumpulan nasyid InTeam, Suhaimi Saad.

Suami kepada Ina Naim itu berdepan masalah kesihatan apabila menghidap sakit mata kronik sejak setahun lalu. Kata Suhaimi, 40, dia memerlukan bantuan isterinya dalam urusan harian ekoran masalah kesihatan yang menyebabkan matanya rabun.

Suhaimi yang menetap di Kelantan sejak tiga tahun lalu itu turut dibantu oleh keluarga angkat dalam urusan harian.

"Kami sekeluarga bahagia tinggal di Kelantan. Kami mempunyai keluarga angkat yang banyak membantu dan sentiasa memberi sokongan meskipun kami jauh daripada keluarga di Pahang dan Johor," tambahnya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Suhaimi, keempat-empat anaknya bersekolah di rumah (home schooling) dengan isterinya berperanan sebagai guru.

Selain itu, Ina juga bergelar peniaga barangan kosmetik dan pakaian secara dalam talian selain menerima tempahan menyediakan makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

Suhaimi dan Ina dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Sallman El-Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8, dan Nurlayla Elghufrony, 6.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Kosmo & Instagram Suahimi Saad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: