05 November 2020

KEKASIH DIGELAR KAKI KIKIS - USOP SEDIH, TAMPIL NAFI KERANA TIADA HARTA



Penyanyi Usop baru-baru ini telah mendedahkan identiti dan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai Nur Fatehah atau Teha kepada umum. Bagaimanapun selepas pendedahan tersebut, Usop memberitahu wanita berkenaan menerima pelbagai kecaman daripada netizen termasuk digelar 'kaki kikis'.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, menjelaskan tuduhan itu tidak tepat berikutan dia tidak mempunyai sebarang harta yang boleh dibanggakan.

"Pada awalnya niat saya berkongsi tentang dia kerana terlalu teruja dengan kejutan ulang tahun kelahiran saya. Belum pernah saya dapat sambutan seperti itu lebih-lebih lagi daripada orang tersayang.

"Lagipun saya sudah berniat untuk menikahinya, jadi benda baik saya rasa tak perlu nak sorok-sorok lagi. Biarpun ada yang komen negatif, tapi saya tak kisah.

Klik untuk gambar besar



"Awal-awal lagi, saya dah nasihat yang dia akan berdepan dengan perkara ini apabila memasuki dunia hiburan. Ada yang kata dia nak mengikis saya.

"Kikis apanya... saya rumah dan kereta pun tak ada lagi. Tapi dia saja tahu susah senang saya macam mana. Jadi, saya tak peduli apa orang nak kata," kata Usop.

Sebelum ini, naib juara program Big Stage 2020 itu berkongsi foto dia bersama seorang wanita ketika majlis ulang tahun kelahirannya yang ke 23 pada 25 Oktober lalu.



Sekitar Oktober lalu, Usop mengakui dia sudah mempunyai kekasih dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sebelum menyertai Big Stage 2020. Kata Usop, biarpun sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin namun masih belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai lagunya berjudul 'Selamanya' tidak layak melangkah ke Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35), Usop akui berasa sedih memandangkan sudah meletakkan harapan yang tinggi.

"Mungkin bukan rezeki saya berada dalam SFMM35 tetapi saya bersyukur dapat peluang untuk berlakon dan sekarang saya sedang menjalani penggambaran.

"Buat masa sekarang saya nak cuba benda baru lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik Covid-19 ni, saya memang akan terima saja apa-apa peluang yang datang," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Usop & Nur Fatehah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: