05 November 2020

"RAMAI NAK KAHWIN PENDAKWAH... NAMPAK JE ALIM TAPI HALIMUNAN" - JOY REVFA



"Baguslah ramai yang terbuka hati nak kahwin dengan pendakwah. Jadi trending pula yang berebut-rebut nak jadikan calon suami. Tapi bagi Joy... serik kot. Nampak je alim tapi HALIMunan," tulis usahawan kosmetik, Joy Revfa menerusi satu perkongsian di Facebook.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin memuat naik pandangannya meluahkan rasa kagum apabila semakin ramai yang terbuka untuk berkahwin dengn golongan pendakwah.

Joy berkata seperti sudah menjadi trend ramai yang memilih golongan berkenaan untuk dijadikan sebagai suami. Namun, Joy berkata tidak baginya kerana sudah serik.

Klik untuk gambar besar



Namun, ada segelintir pihak kurang senang dengan perkongsiannya itu seolah menyindir seseorang. Bagaimanapun, Joy menjelaskan perkongsiannya itu tiada kena mengena dengan sesiapa.

"Peliknya.. status joy tadi tak ada kena mengena pun dengan suami akak masing-masing.. tak ada kena mengena dengan bekas husband (rasanya dia penyanyi bukan pendakwah) atau tak ada kena mengena pun dengan PU Riz.



"Joy tuju pada pendakwah tapi bersifat tak senonoh. Dah tahu diri tu "ustaz" tapi minta gambar pakai baju tidur dan nak gambar yang bukan-bukan dari whatsapp Joy ni. Pukul isteri sampai lebam, girlfriend bertukar-tukar," tuturnya.

Jelasnya, hanya wanita yang pernah terkena dengan golongan sedemikian sahaja yang memahami kenyatannya itu. Joy turut meminta wanita di luar sana agar menjaga suami masing-masing bimbang akan terkena perkara yang sama.

"Wanita yang pernah terkena dengan spesis macam ni yang faham dengan statement Joy tu. Yang tak paham tu mungkin korang tak pernah terkena. Jadi, jaga suami tu baik-baik, garang sikit tak apa supaya tak jadi macam ustaz Hamadi," ujarnya.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Joy Revfa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: