05 November 2020

USTAZ EBIT LEW DATANG ZIARAH - BAPA ARWAH SITI NUR SURYA MENANGIS



"Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.

"Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3.

"Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.

"Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan.

Klik untuk gambar besar



"Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga," demikianlah tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew melalui kemas kini terkini di laman Instagram miliknya.

Dalam status tersebut, Ebit Lew yang rihatin atas nasib yang menimpa itu memuat naik video dirinya datang ke Telemong, Terengganu demi menziarah keluarga Allahyarhamah Siti Nur Surya Ismail yang meninggal dunia kerana dibunuh kejam di rumahnya pada Selasa lalu.

Sepotong video pendek itu merakamkan Ebit dipeluk erat bapa Allahyarham, Ismail Muda, 58, sejurus bertemu. Perkongsian tersebut turut menjentik hati wargamaya.



Malah, titipan sama beserta dengan beberapa foto sekitar kunjungan turut dikongsikan Ebit menerusi Facebook, awal semalam. Pilu atas apa yang berlaku, Ebit turut menyifatkan betapa berat ujian yang menimpa keluarga berkenaan.

Bagaikan seorang wakil rakyat, Ustaz Ebit tak jemu melaksanakan tugasnya 'berkhidmat' dan memberi kebahagiaan kepada masyarakat.

Terdahulu, media melaporkan Siti Nur Surya, 19, ditemui meninggal dunia dengan tangan kirinya putus oleh adiknya di kediaman mereka di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang kelmarin.

Susulan itu, pihak polis menahan seorang remaja perempuan yang merupakan kawan Siti Nur selepas diserahkan ibunya ke Balai Polis Telemong. Remaja perempuan itu kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: