09 November 2020

SUT, 'BOW-TIE' - AZWAN ALI DIPUJI BARULAH 'JANTAN', DIDOA BERTEMU JODOH DENGAN ZIANA ZAIN



Semua sedia maklum mengenai selebriti serba boleh, Azwan Ali atau sinonim dengan panggilan Diva AA. Terbaru, penampilan Azwan yang muncul secara langsung menerusi program hiburan realiti, 'Lagu Cinta Kita 2' telah mencuri perhatian ramai.

Ini kerana Azwan tampil mengenakan sut dalam rona coklat lengkap bersama 'bow-tie' serta cermin mata sebagai pelengkap gaya. Dalam program tersebut, figura sensasi ini dilihat serasi bersama hos tetapnya, Elly Mazlein.

Malah menerusi Instagram TV3 Malaysia, rata-rata wargamaya memuji penampilan Azwan yang dilihat secocok dengan kredibilitinya sebagai hos terkenal sebelum ini.

Sehinggakan, ada di antara mereka yang mengimbas kembali nostalgia ketika Azwan mengendalikan program Muzik-Muzik dan Juara Lagu sebelum ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berharap agar Azwan bertemu jodoh dengan cinta lamanya, penyanyi dan pelakon Ziana Zain.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: