09 November 2020

SUHAIMI SAAD AKUI BERTONGKAT BERI PERINGATAN - INA NAIM BERNIAGA



"Bukan sebab buta atau cacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat. Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada saya, bahawa apabila usia meningkat, hidupmu semakin singkat, hari kematianmu makin dekat, tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat," tulis bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad, 40.

Suami kepada Ina Naim itu menerusi perkongsian dibuat untuk pengikutnya di laman Instagram (IG) memaklumkan bertongkat juga adalah sunah nabi.

Dalam status tersebut, Suhaimi optimis apabila kini dia harus bertongkat berikutan sakit mata kronik dialami sejak setahun lalu hingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.

Menurut Suhaimi, dia berharap semoga kehidupan dilaluinya dirahmati dan dikurniakan kematian baik serta selamat dunia akhirat. Ujarnya, dia tidak menolak kemungkinan penyakit mata dihidapinya itu akibat terkena gangguan sihir.

Klik untuk gambar besar



Tidak mengulas lanjut kaedah rawatan yang dilakukannya kini, Suhaimi enggan dikecam, Katanya cara rawatan itu, biarlah rahsia. Menurut Suhaimi, kini dia memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim dalam urusan harian seperti memandu kereta untuk ke mana-mana.

Untuk makluman, Suhaimi bernikah dengan Ina pada 2007 dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Salman El- Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8 dan Nurhayla Elghufrony, 6.

Sementara itu, Ina yang kini sudah berusia 36 tahun khabarnya lebih senang menguruskan hal rumah tangga, setelah lama tidak aktif dalam bidang seni.

Disebabkan keadaan kesihatan suami, Ina kini perlu menguruskan segala hal rumah tangga dengan bantuan anak-anak. Bahkan wanita itu turut membantu suaminya berjalan dan memenuhi sebarang jemputan nyanyian.



"Ina yang banyak membantu seperti memandu kereta jika ada undangan nyanyian di sekitar Kelantan manakala di luar dari Kelantan, saya mengupah pembantu," jelasnya.

Bukan itu sahaja, Ina juga menggalas tanggungjawab sebagai 'guru' untuk mengajar anak-anak mereka dek keluarga tersebut yang mengamalkan konsep 'home schooling'.

Selain itu, wanita tersebut dikhabarkan turut menjual barangan kosmetik dan pakaian di laman sosial. Malah, dia juga menerima tempahan menyediakan makanan sebagai pendapatan keluarga.

Tiga anak mereka juga dikatakan kini bergerak aktif sebagai penyanyi di bawah nama kumpulan Pelapis selain pernah menghasilkan album berjudul 'Doa Dan Lagu'.







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Sinar Harian & Instagram Suhaimi Saad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: